Isnin, 15 Disember 2014

Life in UK #2 : UK Brands (part 1)

Assalamualaikum wbt.

Sebelum tiba di bumi United Kigdom (UK), kami telah menerima pelbagai tempahan dari rakan-rakan di Malaysia. Kata orang UK adalah syurga membeli belah. Betul ke? Atau mungkinkah UK adalah destinasi membeli belah yang terbaik? Banyak jenama terkenal yang memang dijamin kualitinya adalah terbaik ada di UK. Secara peribadi, saya bukanlah seorang yang meminati sesuatu jenama. Tiada favorite brand yang selalu dibeli. Kalau saya berkenan dan suka, saya akan beli. Tidak kisah la ia berjenama atau tidak, murah atau mahal. Jenama bukanlah prioriti saya ketika membeli belah.

Walaubagaimanapun, sejak berada di UK, saya melihat sendiri betapa banyaknya jenama UK yang berkualiti tinggi tetapi kurang dikenali di Malaysia. Ini kerana, kebanyakan outlet jenama luar negara di Malaysia datangnya daripada USA. Ketika membuat carian di Goggle berkenaan UK Brands, apa yang saya temui adalah...


UK Brands yang popular

Kebanyakan jenama UK memang tidak saya kenali. Lagipun saya bukan peminat barangan berjenama. Tetapi bila berada di sini, pilihan memang banyak. Rambang mata dibuatnya. Tambahan pula di sini ada banyak designer outlet. Jadi memang boleh membeli jenama terkenal dengan harga yang lebih murah. Lebih jimat! Tiada istilah "Biar Papa asalkan Bergaya" dalam kamus hidup saya. Bergayalah  ikut kemampuan kita. Tidak semestinya dengan memakai jenama mahal dan terkenal sahaja kita boleh bergaya bukan? Jadilah pengguna yang bijak bergaya dan bijak berbelanja



UK handbags

Membeli belah di UK amat mudah! Kalau buka TV ada banyak channel TV shopping.  Belum lagi secara online. Ada banyak syarikat yang menawarkan servis yang tip-top. Tak perlu lagi berpusu-pusu ke shopping complex. Duduk di depan komputer pun boleh shopping. Tambahan pula kebanyakan orang hari ini mempunyai smart phone. Semuanya di hujung jari. Shopping online. On-line banking. Semuanya boleh selesai dalam masa yang singkat. Mungkin itulah gaya hidup masa kini. Semuanya cepat dan mudah. 

Saya suka sistem shopping di UK. Bagi saya memang sangat efisien dan teratur. Pilihannya pun banyak. Penghantaran yang cepat dan sangat memuaskan. Kalau nak cerita memang panjang. Nanti kita sambung cerita lagi okey.. 

Shopaholic sekalian boleh la rujuk senarai 100 online shop di UK ni. Boleh cuci-cuci mata. Boleh start buat wishlist. Yang penting membeli belah dan bergaya  ikut kemampuan masing-masing okey! Jumpa lagi...


p/s: Kami menyediakan servis shopping dan shipping ke Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh WA atau PM saya.  Najazhar UK Shoppe. 



Sekian. Happy Shopping. Terima kasih.



2 ulasan:

  1. kak najah nak request tempek banyak2 gambar2 view kat uk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya allah. Akak banyak upload kat FB je.. huhu.. Jangan lupa segmen giveaway http://najahmadi.blogspot.co.uk/2014/12/sharing-is-caring-giveaway-by-najazhar.html

      Padam

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)