Ahad, 14 Disember 2014

Monolog #44 : Ayat 7




Ayat Tujuh juga dipanggil "Ayat Munjiyat" adalah terdiri daripada 7 ayat yang diambil dari beberapa surah dalam Al-Quranul Karim. Ayat ini telah diamalkan oleh para alim ulama’ sejak dahulu lagi yang mana ianya turut terkumpul dalam kitab Majmu’ syarif.


Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat yang dikenali sebagai "Ayat-Ayat Pelindung dan Penyelamat" ini juga baik sekali dibaca dan diamalkan. Ia telah dibuktikan dari pengalaman Ibnu Sirrin RA sebagai ayat-ayat penyelamat dari berbagai kesusahan dan kesulitan.


Ayat Pelindung Diri


Ayat Tujuh ini biasanya diamalkan sebagai ikhtiar untuk keselamatan diri dan pelindung dari pelbagai kesukaran, kesulitan dan kesusahan, serta untuk melepaskan diri dari masalah. 7 ayat penyelamat ini hendaklah diamalkan pagi dan petang, setiap hari. Insya-Allah akan dapat pertolongan Allah SWT apabila menghadapi sebarang masalah, kesusahan dan akan terselamat daripada sebarang bencana dan malapetaka, pada masa kini dan akan datang.

Ayat 7 terdiri daripada ayat seperti berikut :

1. Surah At-Taubah : Ayat 51

A051

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (At-Taubah 9:51)

2. Surah Yunus : ayat ke-107

A107

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Yunus 10:107)


3. Surah Hud: ayat ke-6

A006

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).(Hud 11:6)

4. Surah Hud : ayat ke-56

A056

"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Hud 11:56)

5. Surah al-Ankabut: ayat ke-60

A060

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.(Al-'Ankabuut 29:60)



6. Surah al-Fathir: ayat ke-2

A002

Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Faatir 35:2)


7. Surah az-Zumar : ayat ke-38

A038

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". (Az-Zumar 39:38)






Khasiat Ayat-Ayat Munjiyat



Khasiat daripada 7 ayat ini banyak sekali di antaranya khasiatnya jika diamalkan secara istiqamah adalah:-

  • Penangkal Sihir
  • Menyerikan wajah
  • Ditunaikan segala hajat
  • Membawa keberkatan
  • Dicatat pahala yang banyak
  • Dijauhkan dari gangguan iblis
  • Terpelihara dari tipu daya musuh
  • Dijauhkan dari hasad dengki dan fitnah.


Menurut Ka’abul Akhbar:-


"Sesiapa membaca akan 7 ayat ini, tiada kuasa seseorang pun yang dapat memberikan mudharat dan sekiranya tertutup langit atas bumi, maka terlepaslah ia dengan izin Allah SWT."


Berkata Saidina Ali bin Abi Talib RA:-


"Sesiapa mengamalkan/membaca Ayat 7 pagi dan petang, maka ia akan merasa selamat dari segala kebinasaan dan terpeliharalah daripada tipu daya musuh dan bala dengan izin Allah SWT."


Apabila Ayat 7 ini diamalkan sekali siang dan sekali malam (sesudah solat Maghrib dan solat Subuh), Insya-Allah akan dimudahkan rezeki, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi makhluk Allah SWT serta dimudahkan dan dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.


Apabila diamalkan membaca tujuh kali Ayat 7 setiap lepas solat fardhu selama 40 hari berturut-turut, Insya-Allah akan memperolehi faedah yang amat banyak.


Sesiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap selesai solat fardhu, Insya-Allah akan dimudahkan sakaratul-maut dan bakal memperolehi pahala yang besar.


Sekiranya dibacakan Ayat Tujuh ini pada orang sakit, Insya-Allah akan menenangkan dan menyembuhkan penyakitnya dengan segera.


Sesiapa membaca dengan tetap Ayat Tujuh, tujuh kali divsiang hari dan tujuh kali di waktu malam selama tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah, Allah SWT akan memudahkan atau melepaskannya dari sebarang kesukaran dan kesusahan.


Menurut yang pernah mengamalkannya, kesan ketara akan dapat dirasai jika sudah teguh dan mantap amalannya. Iaitu dengan mengamalkan membaca Ayat Tujuh secara istiqamah setiap hari, di waktu siang tujuh kali dan malam tujuh kali selama tujuh hari, di samping itu diwiridkan sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat Maghrib.


Elok juga sekiranya Ayat Tujuh atau Ayat Munjiyat ini dibaca sekali dengan Ayat-ayat Manzil dan Ayat-ayat Syifa’untuk pendinding diri yang lebih teguh dari segala gangguan makhluk halus, segala masalah dan kesulitan serta sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.


Semoga bermanfaat. Insya allah.

Wallahua'lam bis sawab.



Sumber :
http://bit.ly/19MUp2z
http://bit.ly/1wpHIcA




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)